Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perkembangan teknologi hasilkan pendidikan berkualiti

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, pada hari ini mengambil bahagian dalam Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Kumpulan Kerja Pembangunan Sumber Manusia Rangkaian Pendidikan (APEC HRDWG EDNET) ke-39 yang berlangsung secara maya selama dua hari hingga esok.

    Mesyuarat berkenaan juga diadakan secara fizikal di Bangkok, Thailand di mana ia meliputi 12 sesi secara keseluruhan, dan dihoskan oleh Thailand, sebagai pengerusi APEC bagi 2022.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, mesyuarat berkenaan diadakan setiap tahun, di mana wakil-wakil dari ekonomi ahli APEC dan organisasi-organisasi yang berkaitan bersidang untuk merumus dan meneliti kerja yang berkaitan dengan projek pendidikan bersama, inisiatif dan aktiviti sepanjang 12 bulan, dan seterusnya untuk merangka rancangan kerja masa hadapan.

    Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Thailand, Puan Yang Terutama Treenuch Thienthong dengan ucapan alu-aluan beliau, dan diikuti dengan kenyataan-kenyataan daripada menteri-menteri pendidikan ahli-ahli ekonomi APEC yang berkongsi mengenai visi pendidikan ke arah 2030, serta keutamaan pembangunan pendidikan dalam ekonomi masing-masing dan juga di rantau APEC.

    Dalam ucapan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah, beliau telah berkongsi inisiatif-inisiatif utama Negara Brunei Darussalam dalam memberikan pelajar akses yang saksama kepada pendidikan yang berkualiti, termasuk akses kepada teknologi, yang menekankan keperluan bagi tenaga pengajar untuk menghadapi dan berpengetahuan dengan perkembangan teknologi Revolusi Perindustrian ke-4 dalam memastikan pendidikan berkualiti yang cemerlang.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa menangani sebarang jurang perbezaan di masa depan untuk menjadi responsif dan relevan terhadap masa depan kerja bagi pembangunan keseluruhan ekonomi, dan seterusnya menekankan kepentingan dalam memperkukuhkan modal insan ke arah dinamik pasaran global.

    Mesyuarat berkenaan juga berkongsi key deliverables Thailand dan pembentangan projek-projek APEC.

    Mesyuarat akan bersidang semula esok dengan pembentangan daripada pelbagai ekonomi ahli APEC tentang Future of Student Learning in Digitalized World dan Development of Skills for Potential Future, serta pembentangan-pembentangan mengenai Cross-Fora Collaboration for a Shared Future daripada organisasi berbagai hala yang telah dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai masa depan pendidikan ke arah 2030 dan membincangkan peluang yang berpotensi untuk bekerjasama dengan pihak APEC di masa depan.

    Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah semasa mengambil bahagian dalam APEC HRDWG EDNET ke-39 yang berlangsung secara maya. – Gambar Kem. Pendidikan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...