Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Azmin gesa syarikat Qatar bekerjasama dengan Malaysia

    KUALA LUMPUR, 27 MAC – Syarikat Qatar digesa untuk mengambil peluang daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan bekerjasama dengan syarikat Malaysia dan seterusnya menjadi sebahagian daripada landskap ekonomi serantau baharu.

    Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata RCEP memberi laluan kepada perniagaan di rantau ini untuk bersepadu dengan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia itu.

    Menerusi catatan di akaun Twitternya, semasa pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Hamad Bin Qassim Al-Thani, katanya beliau telah memaklumkan kepada rakan sejawatnya itu bahawa RCEP telah berkuat kuasa untuk Malaysia.

    RCEP meliputi 15 negara dengan gabungan populasi 2.3 bilion orang atau 30 peratus daripada jumlah penduduk dunia, menyumbang kira-kira 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

    Selain daripada pengurangan tarif, RCEP turut menangani liberalisasi perdagangan, meningkatkan kemudahan perdagangan dan menambah baik persekitaran perniagaan.

    Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak turut mengakui kepentingan Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia dan Qatar dalam mengenal pasti potensi bidang baharu untuk kerjasama dua hala.

    Beliau berkata kedua-dua kerajaan bersetuju untuk mengadakan mesyuarat JTC yang ketiga bagi merangka laluan masa depan untuk pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, dengan memberi tumpuan kepada sektor strategik dan berimpak tinggi.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...