Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BAH ikrar tingkatkan ekonomi negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Persatuan Hotel-hotel Brunei (BAH) akan terus memainkan peranannya sebagai suara bagi industri perhotelan negara dan akan terus berusaha untuk memacu pertumbuhan pelancongan serta keharmonian industri.

    “Dalam membangunkan tenaga kerja yang berdisiplin, inovatif dan berkemahiran tinggi dalam industri hospitaliti, BAH akan terus bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pandu Industri Tenaga Manusia (MISC), JobCentre, Jabatan Kemajuan Pelancongan, institusi-institusi di Brunei serta juga badan-badan pelancongan swasta,” jelas Presiden BAH, Awang Mohamad Iswandi Maaruf semasa Mesyuarat Agung Tahunan BAH yang berlangsung di Hotel Mulia pada 3 Februari lalu.

    Mesyuarat menyaksikan pelantikan Jawatankuasa Eksekutif BAH bagi 2023-2024 di mana Awang Mohamad Iswandi telah dilantik sebagai presiden jawatankuasa berkenaan. Turut dilantik sebagai ahli-ahli jawatankuasa eksekutif ialah Dayang Nuriyah Safawati binti Salim dari Hotel Parkview yang dilantik sebagai naib presiden, Paula Munoz dari Hotel Radisson yang dilantik sebagai setiausaha kehormat, Conrad Boyd Mosidin dari Abdul Razak Apartment yang dilantik sebagai bendahari kehormat serta Kee Taufek Kee Harrith dari Hotel Mulia, Andy Goh dari Hotel Brunei, Wendy Foo Yu Wen dari Hotel Swiss dan Jasmine Sim dari Hotel Lanes telah dilantik sebagai eksekutif-eksekutif jawatankuasa.

    BAH mengalu-alukan hotel di negara ini untuk menjadi ahli persatuan yang menjadi platform bagi pemain utama dalam industri untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara serta sebagai wadah bagi membantu meningkatkan ekonomi.

    Apabila Brunei mula-mula dilanda oleh pandemik COVID-19 pada Mac 2020, ia merupakan masa yang paling mencabar bagi industri perhotelan di mana tiada sesiapa dapat menjangka kesudahannya dan proses yang perlu dilalui untuk terus bertahan dalam industri sambil membantu negara sepanjang pandemik. Pada masa itu, Awang Mohd Iswandi yang memangku jawatan Presiden BAH telah bekerja rapat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan hotel-hotel diberikan sokongan oleh kesemua agensi-agensi kerajaan yang relevan.

    Semasa pandemik, kebanyakan hotel hanya dibukakan untuk kuarantin dan kepimpinan Awang Mohd Iswandi dalam bidang itu adalah cemerlang di mana beliau memastikan kesemua kakitangan hotel dilatih dengan baik serta diberikan maklumat mengenai SOP COVID-19 dan pada Februari 2020, telah menghasilkan BAH COVID-19 Basic Guidelines & Checklist, dasar operasi dan pembersihan (norma baharu).

    Awang Mohd Iswandy bergambar ramai bersama wakil-wakil BAH pada Mesyuarat Agung Tahunan BAH.
    Awang Mohd Iswandy memberikan penerangan semasa Mesyuarat Agung Tahunan BAH yang berlangsung di Hotel Mulia pada 3 Februari lalu.
    Awang Mohd Iswandy bergambar ramai bersama Jawatankuasa Eksekutif BAH bagi 2023-2024.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...