Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aktiviti perkilangan China kembali meningkat

    BEIJING, 1 MAC – Aktiviti kilang di China meningkat pada Februari, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini, apabila permintaan pasaran dan pengeluaran disambung semula selepas cuti Tahun Baharu Cina (TBC).

    Indeks Pengurus Pembelian (PMI) ialah pengukur utama aktiviti pembuatan dan telah meningkat pada Februari kepada 50.2, melepasi jangkaan untuk kembali ke wilayah penguncupan, menurut data dari Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS).

    Sementara itu, penanda pada 50 mata membezakan peningkatan daripada penguncupan.

    “Perusahaan melanjutkan semula kerja dan pengeluaran dalam keadaan baik selepas cuti,” kata perangkawan kanan NBS, Zhao Qinghe dalam satu kenyataan.

    Beliau menambah bahawa pesanan baharu dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu meningkat, menunjukkan permintaan pasaran kembali pulih selepas cuti rehat.

    Indeks harga pembelian untuk bahan mentah utama dan indeks harga bekas kilang kedua-duanya meningkat juga ‘dengan ketara selama dua bulan berturut-turut”, kata Zhao.

    Beliau menyatakan bahawa kos untuk petrol, arang batu dan bahan lain terus berada dalam ‘julat tinggi.’

    “Petunjuk awal mencadangkan bahawa keadaan bertambah baik pada Februari,” tambah Julian Evans-Pritchard, pakar ekonomi kanan China di Capital Economics, dalam laporan baru-baru ini.

    “Kebanyakan sekatan setempat di kawasan perindustrian dan bandar pelabuhan telah ditarik balik kerana penularan wabak berkurangan pada bulan ini berbanding Januari.”

    Ketua ekonomi Pinpoint Asset Management, Zhiwei Zhang menambah bahawa tanda-tanda yang menggalakkan ini mungkin mencerminkan kesan dasar makro yang mendukungnya.

    China mencatatkan lonjakan dalam kes koronavirus domestik pada akhir Disember dan Januari menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, dengan pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk membasmi jangkitan di beberapa bandar utama dan sekatan demi sekatan yang dikenakan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...