Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Banjir terburuk di Sydney

    SYDNEY, 4 JULAI – Lebih 30,000 penduduk di Sydney dan sekitarnya diberitahu untuk berpindah atau bersedia meninggalkan kediaman mereka hari ini ketika bandar terbesar Australia itu berhadapan banjir keempat, kemungkinan yang terburuk dalam kurang daripada setahun setengah.

    Hujan lebat berhari-hari mengakibatkan empangan dan tebing sungai melimpahkan air, membawa kecemasan banjir baharu ke bandar lima juta penduduk itu. “Maklumat terbaharu yang kami peroleh mendapati banjir kemungkinan akan lebih buruk berbanding tiga lagi banjir yang pernah melanda beberapa kawasan dalam masa 18 bulan kebelakangan,” kata Menteri Pengurusan Bencana, Murray Matt.

    Banjir ketika ini mungkin menjejaskan kawasan yang tidak dilanda banjir pada kejadian banjir sebelumnya pada Mac tahun lalu, Mac tahun ini dan April, tambah Watt. Ketua Menteri New South Wales, Dominic Perrottet mengatakan 32,000 orang terjejas oleh arahan dan amaran pemindahan.

    “Jumlah itu kemungkinan besar akan meningkat dalam tempoh seminggu,” kata Perrottet. Perkhidmatan kecemasan melakukan sejumlah penyelamatan pada Ahad dan awal hari ini serta menerima lebih banyak panggilan untuk bantuan.

    Sementara Pengurus Biro Meteorologi Australia, Jane Golding mengatakan beberapa kawasan antara Newcastle, utara Sydney dan Wollongong di selatan Sydney telah menerima lebih 39 inci turunan hujan dalam masa 24 jam lalu. Sebahagian lagi kawasan menerima lebih 59 inci.

    Jumlah itu adalah hampir turunan purata tahunan hujan bagi kawasan pesisir pantai New South Wales, tambahnya. – AFP

    Rumah kelihatan ditenggelami air akibat banjir daripada limpahan sungai Hawkesbury di pinggir bandar Windsor, Sydney, 4 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...