Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Adik ipar Vanessa Angel tertekan kerana terkenal

    Adik ipar kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Fuji akui tertekan apabila namanya kini semakin mendapat perhatian umum.

    Fuji yang juga merupakan seorang pelakon, memberitahu disebabkan tekanan yang dialami, dia terpaksa mendapatkan rawatan psikologi.

    “Saya pernah mendapatkan nasihat psikologi, saya menangis selama dua jam.

    “Mungkin kerana pertanyaan yang diajukan membuatkan saya menangis tetapi sesi itu membuatkan saya terbuka terhadap apa yang dipendam dalam diri,” katanya.

    Nama Fuji mula menjadi sebutan selepas pemergian Vanessa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada November tahun lalu bersama suaminya Bibi Andriansyah iaitu abang kepada Fuji.

    Fuji terpaksa mendapatkan rawatan psikologi disebabkan tekanan yang dialaminya. – Agensi

    Bukan itu sahaja, hubungan cinta antara Fuji dan Thariq Halilintar iaitu adik kepada Attar Halilintar juga sering mendapat perhatian ramai.

    Sementara itu, bapa Fuji, Haji Faisal meluahkan rasa kesal apabila ada pihak sering bercakap buruk tentang anaknya itu dan berharap dugaan ini akan lebih membuatkan aktres itu lebih matang.

    “Dia sudah berusaha memberi kebaikan kepada orang lain dengan hasil kerjanya, tetapi tetap mendapat sindiran. Itu yang membuatkan saya merasa kesal.

    “Dia masuk ke dunia di mana dia menjadi perhatian masyarakat. Semoga dia akan terbiasa dengan perkara ini.

    “Saya yakin dengan semakin banyak bergaul dan menimba pengalaman baharu, dia akan menjadi lebih matang,” ujarnya seperti yang dipetik dari DetikHot. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...