Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Macron rombak kabinet Perancis

    PARIS, 4 JULAI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini merombak kabinet kerajaan dalam usaha memulakan pentadbiran baharu bagi penggal keduanya, selepas kegagalannya memenangi parlimen secara majoriti pada bulan lalu.

    Beliau akhirnya akur dengan tekanan umum dengan memecat Damien Abad, menteri yang berdepan dengan dakwaan rogol. Walau bagaimanapun, pembaharuan secara besar-besaran itu mungkin menjejaskan Macron.

    Rombakan yang dilakukan hari ini menyaksikan ahli-ahli baharu, termasuk pengganti Abad, Ketua Bulan Sabit Merah, Jean-Christophe Combe, dan doktor kecemasan, Francois Braun sebagai menteri kesihatan. Ketua pakar ekonomi OECD, Laurence Boone dilantik sebagai menteri Eropah, menggantikan Clemen Beaune yang menjadi terkenal selepas perdebatan dengan penyokong Brexit.

    Jawatan Beaune telah ditukar sebagai menteri pengangkutan. Jawatan lain dalam 41 kabinet diserahkan kepada ahli politik dari beberapa buah kumpulan dalam kempen Macron. Manakala itu, menteri hal ehwal luar negara, kewangan dan pertahanan masih lagi dikekalkan.

    Datuk bandar Loire, Christophe Bechu juga selaku sekutu bekas perdana menteri, Edouard Philippe, dilantik sebagai menteri alam sekitar – jawatan yang dipilih oleh presiden untuk kepentingan lima tahun akan datang.

    “Ia adalah satu mesej kepada kum-pulan: kesetiaan akan diberi ganjaran. Menantikan apa yang akan berlaku pada bulan-bulan akan datang, ketika undian bagi undang-undang baharu tampaknya berkurangan kepada sedikit undian sahaja,” tulis Frederic Says, salah seorang pengulas politik bagi penyiar Kebudayaan Perancis. – AFP

    Gambar fail Emmanuel Macron semasa menyambut kedatangan perdana menteri Australia di kediaman presiden Istana Elysee, Paris, 1 Julai 2022. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...