Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bantuan jamuan bagi majlis tadarus bersama mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Pusat Dakwah Islamiah (PDI), kelmarin, telah menyampaikan bantuan jamuan sempena majlis bertadarus bersama mualaf bagi tahun ini yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, PDI.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan bantuan berkenaan ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh yang turut menyerahkan surat kebenaran bantuan jamuan bagi aktiviti-aktiviti kepada Persatuan Nurul Islam, Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh, Masjid Kampung Benutan, Masjid Kampung Bukit, Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampung Long Mayan, Dewan PESATU, Kampung Lubok Pulau, Badan Kebajikan BASKIM, Kiudang, Kampung Sungai Damit, Ukong, Kelas Bimbingan Muallaf Batang Mitus/Kebia, Persatuan Sinar Islam (PSI), Balai Ibadat Kampung Melilas, Balai Ibadat Kampung Sukang, Balai Ibadat Kampung Merangking, Masjid Al-Mashor Sungai Mau, Pos Dakwah Kampung Selapon, Balai Ibadat Kampung Sibut dan Balai Ibadat Kampung Semabat.

    Turut hadir ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar dan Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub.

    PDI dalam kenyataan yang dikeluarkan menyarankan masjid-masjid, surau, balai ibadat dan pos dakwah yang terpilih agar memanfaatkan bantuan jamuan bagi aktiviti bertadarus sempena bulan Ramadan bersama mualaf di lokasi-lokasi terpilih dengan sebaik mungkin.

    Ini adalah sesuai dengan objektif PDI untuk menjadikan bantuan itu sebagai satu saranan dakwah yang berkesan demi melaksanakan ibadah seharian dengan lebih sempurna untuk mencapai reda Allah dan menjadi insan kamil, di samping bersama-sama dalam mengimarahkan dan memakmurkan rumah-rumah Allah.

    Majlis juga diteruskan dengan penyampaian wakaf Mushaf Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) kepada 18 buah rumah kegiatan dakwah, pos dakwah dan balai-balai ibadat juga kepada para mualaf yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Kenyataan menyatakan, objektif majlis adalah untuk memberi pendekatan kepada para mualaf setempat bagi menghayati bulan Ramadan dan apa jua yang berhubung kait dengan keistimewaan dalam bulan Ramadan.

    Ia juga sebagai salah satu metode untuk mengajak mualaf bagi sama-sama menghayati bulan Ramadan dan menanam minat mereka dalam pembelajaran dan pembacaan Al-Quran sekali gus dapat menerapkan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan seharian
    mereka.

    Haji Abdul Rajid menyempurnakan penyampaian bantuan jamuan.
    Haji Abdul Rajid bersama antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...