Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Barbie Kumalasari kena rompak

    Pelakon Indonesia Barbie Kumalasari cedera di bahagian leher akibat di serang dua orang perompak bermotosikal.

    Kejadian itu juga membuatkan Barbie kehilangan rantai berlian bernilai kira-kira RM118,000 (Rp 400 juta).

    Cerita tersebut dikongsi sendiri oleh Barbie yang memuat naik laporan polis di Instagram selepas insiden itu berlaku. Menurut laporan tersebut, kejadian berlaku pada pada 9 Mac sekitar pukul 8.30 malam.

    “Ketika pelapor sedang menyeberangi jalan untuk ke kereta, tiba-tiba didatangi dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motorsikal dan terus merampas rantai berlian pada pelapor,” tulis laporan berkenaan.

    Berserta dengan hantaran yang dimuat naik, Barbie juga berharap perompak tersebut segara diberkas oleh pihak berkuasa.

    “Semoga cepat menemui orang yang merompak,” jelasnya.

    Dalam satu perkongsian lain, Barbie turut menunjukkan gambar bahagian lehernya yang mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut. – Agensi

    Barbie Kumalasari cedera di bahagian leher akibat di serang dua orang perompak bermotosikal yang membuatnya kehilangan rantai berlian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...