Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Barcelona jual aset dapatkan pemain baharu

    MADRID, 11 OGOS – Usaha Barcelona untuk sekali lagi bergelar pasukan handalan dalam La Liga dan Liga Juara-Juara musim ini menyaksikan pasukan yang banyak berhutang dari Catalan itu mempertaruhkan masa depan mereka bagi mencari pemain terbaik.

    Setahun selepas dipaksa melepaskan Lionel Messi apabila hutang dilaporkan berjumlah 1.35 bilion euro, Barcelona menghabiskan 153 juta euro untuk yuran perpindahan bagi menguatkan pasukan dengan Robert Lewandowski adalah pemain terbaik dibeli mereka.

    “Ini musim yang sangat mengujakan. Tiada yang boleh memberikan saya lebih kekuatan melainkan penyokong gembira,” kata jurulatih, Xavi Hernandez sebelum menang 6-0 dalam aksi persahabatan mnentang kelab Mexico, Pumas UNAM.

    “Itu bermakna memenangi trofi. Ia menjadi matlamat utama kami.”

    Selepas tiga tahun bergelut, di dalam dan luar padang, musim panas ini memberikan harapan di Camp Nou, dengan Presiden Joan Laporta bercakap mengenai ‘era baharu’ ketika kelab memperkenalkan Lewandowski sebagai pemain Barcelona.

    Bagaimanapun, cara bagaimana Barcelona mengumpul dana bagi mendapatkan Lewandowski selain pertahanan tengah, Jules Kounde dan Andreas Christensen, pemain tengah AC Milan, Franck Kessie dan pemain sayap Leeds United dari Brazil, Raphinha masih menimbulkan persoalan.

    Berdepan halangan dalam perbelanjaan mereka mengikut kawalan kewangan La Liga, Barcelona sedar mereka perlu mengumpul wang secepat mungkin untuk melabur dalam sebarang pembelian dan lebih penting, mendaftarkan pemain baharu.

    Kelab itu menjual 25 peratus hak penyiaran domestik mereka selama 25 tahun kepada firma pelaburan Amerika Syarikat, Sixth Street dengan nilai 400 juta euro. Barcelona juga menjual 24.5 peratus Barca Studios, yang menguruskan perniagaan digital dan audiovisual kelab kepada Socios.com dengan harga 100 juta euro pada 1 Ogos selain 25 peratus lagi kepada firma pelaburan AS, GDA Luma dengan harga 100 juta euro lagi.

    Dalam tempoh beberapa minggu, 600 juta euro dibawa masuk bagi memenuhi tuntutan itu. – AFP

    Reaksi Robert Lewandowski (kiri) selepas menjaringkan gol dalam perlawanan di antara Barcelona dan Pumas Unam di stadium Camp Nou di Barcelona pada 7 Ogos lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...