Wednesday, May 8, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Barcelona kecundang, Madrid kekal rekod tanpa kalah

    MADRID, 17 OKT – Juara bertahan, Real Madrid menewaskan Barcelona 3-1 pada aksi Clasico untuk mengatasi pencabar utama mereka itu di persada La Liga, kelmarin.

    Karim Benzema membuka jaringan pada minit ke-12 selepas menyambar bola yang melantun semula yang cuba diselamatkan oleh Marc-Andre ter Stegen selepas cubaan Vinicius Junior manakala Fede Valverde meledak gol kedua sebelum rehat.

    Ferran Torres kembali merapatkan kedudukan buat Barcelona pada penghujung aksi selepas gerakan baik Ansu Fati, namun Rodrygo menyempurnakan penalti lewat yang memastikan skuad kendalian Carlo Ancelotti memberikan Barcelona kekalahan domestik pertama musim ini.

    Madrid menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kalah skuad dari Catalans itu dalam liga dan menambah derita mereka susulan hampir tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

    Barcelona, yang telah menghabiskan banyak wang pada musim panas untuk cuba mengejar pencabarnya itu, kini ketinggalan tiga mata. – AFP

    Pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema (kanan) menjaringkan gol pendahuluan pada aksi Clasico saingan La Liga menentang Barcelona di Madrid, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...