Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pendaftaran kelas mengaji mulai 1 Dis

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Pendaftaran untuk memasuki kelas Al-Quran dan Muqaddam setiap Jumaat di masjid, surau dan balai ibadat akan dibukakan bermula 1 hingga 30 Disember depan.

    Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga yang berhasrat untuk mendaftarkan anak-anak mereka bolehlah mendapatkan borang di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid atau di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Disember kepada guru penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan mengikuti kelas tersebut.

    Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut hendaklah yang berumur enam tahun pada 1 Januari 2023.

    Sebarang pertanyaan lanjut, boleh-lah berhubung terus dengan Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Simpang 15 Jalan Sumbiling, atau melalui talian 2223277 semasa waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...