Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Barcelona sentiasa terima Messi

    MADRID, 20 MAC – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez berkata semalam bahawa ‘pintu sentiasa terbuka’ untuk Lionel Messi.

    Xavi bercakap pada sidang akhbar menjelang aksi Clasico awal pagi esok apabila Barca akan berdepan pendahulu La Liga, Real Madrid di Santiago Bernabeu.

    Messi melalui musim mengecewakan di Paris Saint-Germain walaupun situasi kewangan Barca menyukarkan untuk kembali mendapatkan pemain Argentina itu.

    Halangan berbelanja La Liga terbaharu yang dikeluarkan minggu lalu meletakkan had buat Barcelona kepada 144 juta euro.

    Ia bermakna kelab perlu mengurangkan perbelanjaan untuk mendapatkan pemain pada fasa perpindahan berikutnya.

    Messi dilepaskan tahun lalu kerana Barca tidak mampu menyambung kontraknya, menamatkan karier bersejarah penyerang itu di Camp Nou.

    Ditanya sama ada pintu masih terbuka untuk Messi kembali, Xavi berkata: “Dia adalah pemain terbaik dalam sejarah dan adalah sejarah buat kelab, dia berhak untuk pulang.

    “Selagi saya bergelar jurulatih, pintu sentiasa terbuka buatnya jika dia mahu pulang pada bila-bila masa.

    Dia terbaik dalam sejarah dan sebagai sebuah kelab, kami berhutang kepadanya, dia memang berhak, tapi dia ada kontrak dengan PSG, jadi tiada apa yang boleh saya katakan kepada awda.

    “Jika dia mahu datang pada bila-bila masa, untuk melihat latihan, bercakap dengan jurulatih, pintu sentiasa terbuka kerana dia adalah pemain terbaik dalam sejarah kelab ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...