Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Bayern kemarau kemenangan di laman sendiri

    BERLIN, 11 SEPT – Gol dihasilkan pemain muda Perancis, Mathys Tel tidak mencukupi buat Bayern Munich apabila mereka terikat 2-2 di tempat sendiri menentang Stuttgart, ia merupakan keputusan seri ketiga berturut-turut dicatat oleh Bayern.

    Dalam penampilan kedua untuk Bayern, Tel menjadi penjaring termuda untuk kelab itu apabila dia meletakkan pasukan juara Jerman itu mendahului 1-0 pada separuh masa.

    Tel menjaringkan gol pada usia 17 tahun dan 136 hari, 69 hari lebih muda berbanding penjaring terdahulu, Jamal Musiala apabila dia meledak gol menentang Schalke dua tahun lalu.

    Stuttgart seakan telah menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua apabila Serhou Guirassy menjaringkan gol dari jarak dekat, tetapi gol itu telah dibatalkan oleh VAR kerana kekasaran yang kelihatan tidak berbahaya terhadap Joshua Kimmich.

    Namun pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama mereka, melalui rembatan padu oleh Chris Fuehrich pada minit ke-57 yang menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

    Melihat kebangkitan yang dihasilkan oleh pasukan pelawat, Bayern segera menyamakan kedudukan menerusi Musiala, yang sekali lagi mempamerkan persembahan yang tenang dan melepaskan diri daripada kawalan dua pemain pertahanan untuk menjaringkan gol.

    Namun Guirassy berjaya menjaringkan menerusi sepakan penalti selepas pemain kelahiran Guinea itu dikasari oleh pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt.

    Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann berkata pasukannya hanya perlu dipersalahkan. – AFP

    Reaksi Mathys Tel selepas menjaringkan gol pembukaannya semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman menentang VfB Stuttgart di Munich, Jerman, 22 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...