Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Aktivis bantah tindakan Marcos Jr

    MANILA, 11 SEPT – Aktivis bagi hak asasi manusia di Filipina kelmarin membantah langkah yang dibuat oleh Presiden Ferdinand Marcos Jr yang mengumumkan hari ulang tahun mendiang ayahnya, seorang diktator yang disingkirkan, sebagai cuti khas di wilayah lahirnya di bahagian utara.

    Marcos Jr, yang memegang jawatan pada Jun selepas kemenangan besar pada pilihan raya, membenarkan pengisytiharan cuti umum di wilayah Ilocos Norte pada Isnin bagi menyambut ulang tahun ke-105 bekas presiden itu. Beliau itu disingkirkan semasa pemberontakan pada 1986.

    “Ia adalah berpatutan untuk memberikan peluang kepada penduduk di wilayah Ilocos Norte meraikannya,” kata pengisytiharan presiden, yang ditandatangani oleh setiausaha eksekutif Marcos Jr dan dimuat naik ke Facebook.

    Presiden terdahulu, Rodrigo Duterte, sebelum ini juga membenarkan cuti umum di Ilocos Norte. – AP

    Tindakan Marcos Jr memberikan cuti umum sempena ulang tahun kelahiran mendiang ayahnya di wilayah Ilocos Norte mendapat tentangan daripada aktivis hak asasi manusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...