Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mati akibat kecuaian perubatan

    RAMALLAH, PALESTIN, 11 SEPT – Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut ketika berada dalam tahanan Israel akibat kecuaian perubatan sejak 1967, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada Sabtu.

    Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terbaharu membabitkan seorang wanita Palestin Sa’diya Farajallah yang meninggal dunia pada Jun, lapor agensi Anadolu.

    Kira-kira 600 tahanan yang ditahan menghidap pelbagai penyakit termasuk 200 menderita penyakit kronik.

    “Terdapat 23 pesakit kanser dalam kalangan tahanan Israel,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...