Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bayern Munich tandatangani Mane AS$33.5 juta

    BERLIN, 17 JUN – Bayern Munich mengesahkan bahawa mereka akan menandatangani bintang pemain Senegal, Sadio Mane dari Liverpool, menurut laporan media Jerman pada hari ini.

    Menurut kedua-dua pihak daripada penyiar Sky dan akhbar harian Bild berkata bahawa kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai AS$33.5 juta, termasuk dengan yuran tambahan sebanyak sembilan juta euro. Mane akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Bayern Munich.

    Pemain berusia 30 tahun itu berkemungkinan akan menggantikan bintang penyerang Bayern, Robert Lewandowski, pemain yang ingin keluar dari kelab tersebut dan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona. Mane, pemain ketiga yang menyertai Bayern Munich. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...