Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    BBA lantik ahli jawatankuasa eksekutif baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) semalam menganjurkan majlis perasmian pelantikan bagi ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutifnya yang baharu bagi penggal 2023-2025.

    Majlis diadakan di Hotel Mulia, Kampung Anggerek Desa, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat yang menyaksikan majlis angkat sumpah ahli-ahli jawatankuasa eksekutif baharu BBA ialah Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

    Goh Kiat Hing telah dipilih semula sebagai Presiden BBA semasa pemilihan yang diadakan pada November 2022.

    Dalam ucapan perasmiannya, Goh Kiat Hing menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas sokongan berterusan kepada BBA dan juga menyampaikan penghargaan kepada ahli jawatankuasa dan penaja jangka panjang BBA khususnya Hui Huang Enterprise dan Low San Hardware yang merupakan penaja utama dua kejohanan bola keranjang utama di Brunei.

    Gambar ramai para ahli Jawatankuasa Eksekutif BBA baharu bersama Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
    Jake Goh secara rasmi menandatangani majlis perjanjian disaksikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
    Lim Book Teck secara rasmi menandatangani pelantikan sebagai Timbalan presiden BBA disaksikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
    Vincent pao secara rasmi menandatangani pelantikan sebagai salah seorang Naib Presiden BBA disaksikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

    Goh Kiat Hing juga berterima kasih kepada barisan pegawai dan pengadil BBA, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan kejohanan tempatan.

    Dalam ucapannya, Goh Kiat Hing juga mengalu-alukan beberapa jurulatih sukarelawan yang telah melangkah ke hadapan awal tahun ini untuk membantu memajukan lagi sukan bola keranjang Brunei. Khususnya, Benjamin Sim yang telah dilantik sebagai Jurulatih Pasukan Kebangsaan Lelaki Brunei.

    Benjamin Sim akan mengetuai pasukan kebangsaan dalam Piala Asia FIBA 3×3 yang akan berlangsung di Singapura dari 29 Mac hingga 2 April 2023.

    Dalam tiga tahun akan datang, BBA berhasrat untuk melabur dalam program yang akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan para jurulatih dan para pegawainya.

    “Menjelang akhir penggal ini, saya menyasarkan untuk mempunyai kakitangan yang telah memperoleh pensijilan FIBA dalam setiap barisan kategori jurulatih, pengadil, dan ahli perangkaan,” jelas Goh.

    Lim Boon Teck juga dipilih semula sebagai Timbalan Presiden manakala, Ang Han Then, On Wei Yeah, Foo Kian Ming, Tan Chu Eu, Vincent Pao Ping Seng dan Ong Tze Kue sebagai naib-naib presiden.

    Lim Fung akan mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung BBA manakala Lim Hong Seng sebagai bendahari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...