Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Meski jadi bahan sindiran, Selena tetap santai bersama keluarga

    Selena Gomez menjadi bahan sindiran isteri Justin Bieber, Hailey Bieber (Hailey Baldwin), serta supermodel Kylie Jenner setelah Selena memuat naik video TikTok yang memperkatakan tentang merasa aneh dengan bentuk alisnya setelah perawatan.

    Tidak lama setelah itu, Kylie Jenner langsung memuat naik video yang seolah-olah menyindir Selena Gomez dengan cara menunjukkan alisnya.

    Setelah itu, Kylie memuat naik tangkap layar perbincangannya dengan Hailey Bieber melalui panggilan video yang memperkatakan soal alis mereka.

    Tingkah Kylie Jenner dan Hailey Bieber telah mencetuskan rasa kecewa sebahagian warganet hingga berhenti mengikuti keduanya.

    Hal ini diketahui daripada menurunnya jumlah pengikut di Instagram Kylie dan Hailey, sementara pengikut Selena semakin bertambah.

    Walaupun begitu, Selena Gomez tampaknya tidak ambil peduli. Ia tetap santai dan melakukan kegiatan memancing bersama keluarga. Namun begitu, sejumlah warganet menduga mengatakan hal itu bakal ditiru Hailey sambil mengajak Justin Bieber.

    Selena Gomez dan keluarga memuat naik gambar ikan hasil tangkapan di atas perahu di tengah laut itu, sejumlah warganet langsung melontarkan sindiran kepada Hailey.

    Beberapa daripada mereka juga membabitkan suami Hailey, Justin Bieber, yang pernah berpacaran dengan Selena Gomez.

    Namun begitu, beberapa warganet juga mengkritik Selena Gomez yang dianggap melakukan kekerasan terhadap haiwan dengan cara mempamerkan ikan hasil tangkapan.

    Walau bagaimanapun warganet yang menyokong Selena Gomez membalas balik kritikan dengan menyatakan foto yang dipamerkan Selena masih wajar dalam kegiatan memancing, bukannya menyalahgunakan penangkapan ikan. – Agensi

    Warganet menduga Hailey akan meniru perbuatan Selena Gomez yang melakukan aktiviti memancing bersama keluarganya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...