Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BDBA hargai ahli jawatankuasa

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 NOV – Sebagai penghargaan kepada ahli-ahli yang berusaha sepanjang tahun ini demi memastikan kelancaran acara dan kejohanan yang dijalankan, Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Penghargaan di Restoran Cheng Wah, Seria, kelmarin.

    Majlis tersebut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa dan para pengadil dan juga Pengerusi BDBA, Koo Kong Loi.

    Koo menyatakan majlis tersebut diadakan untuk meraikan usaha semua ahli yang bekerja keras sepanjang tahun ini lebih-lebih lagi pada awal tahun semasa negara berpindah ke Fasa Endemik.

    Dia juga berkata pihak persatuan telah merancang aktiviti dan kejohanan yang bakal diadakan pada tahun hadapan yang sejajar dengan misi mereka untuk menyokong perkembangan sukan bola keranjang di Daerah Belait.

    Koo bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa dan para pengadil semasa majlis makan malam tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...