Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BDCB, MAS meterai MoU, bincang bidang kolaborasi baharu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengukuhkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua pihak di Meja Bulat Dua Hala BDCB-MAS ke-4 serta membincangkan bidang-bidang kolaborasi yang baharu.

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh BDCB dan MAS, di sini, hari ini, menyatakan bahawa di meja bulat berkenaan, Pengarah Urusan BDCB, Hajah Rokiah binti Haji Badar dan Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mendalamkan kerjasama dalam perbankan dan penyeliaan insurans.

    MoU itu juga akan memudahkan penyeliaan efektif bank dan penanggung insurans yang beroperasi merentasi kedua-dua bidang kuasa, termasuk melalui pertukaran maklumat dan pemeriksaan di tapak merentas sempadan.

    BDCB dan MAS juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan kewangan dan ekonomi terkini, kerjasama dalam kewangan mampan untuk mempercepatkan pengurangan perubahan iklim dan adaptasi di ASEAN serta juga perkembangan dalam pembayaran merentas sempadan dan Mata Wang Digital Bank Pusat.

    Hajah Rokiah dipetik menyatakan MoU itu mengukuhkan lagi hubungan sedia ada yang sekian lama terjalin di antara BDCB dan MAS dalam bidang kestabilan dan pembangunan sektor kewangan.

    Manakala itu, Ravi Menon dipetik menyatakan mereka saling berkongsi pandangan yang dapat mengukuhkan lagi hubungan yang amat baik di antara MAS dan BDCB.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...