Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Korea Utara beri AS amaran

    SEOUL, 2 FEB – Korea Utara dilaporkan akan mengambil tindakan ‘lebih keras’ terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) memperluas latihan ketenteraannya bersama dengan Korea Selatan.

    Kementerian Luar Pyongyang dalam satu kenyataan mendakwa latihan ketenteraan bersama dalam skala dan skop yang lebih besar itu seolah-olah satu percubaan untuk memburukkan situasi keselamatan di Semenanjung Korea dan meningkatkan lagi ketegangan.

    “Ia jelas tindakan AS akan menyebabkan Semenanjung Korea menjadi medan meletusnya perang lebih besar dan zon perang yang lebih kritikal,” lapor agensi berita, Yonhap memetik kementerian itu.

    Setiausaha Pertahanan AS , Lloyd Austin turut dijadualkanmelawat Seoul awal minggu ini untuk berbincang dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan dalam agenda perbincangan antara lain mengenai lebih banyak penempatan aset strategik termasuk jet F-22 dan F-35.

    Menurut Korea Utara mereka bersedia untuk berdepan apa jua cabaran ketenteraan dengan “kuasa nuklear yang paling hebat” dan tidak berminat untuk mengadakan sebarang dialog selagi pihak berkenaan meneruskan “dasar bermusuhan”.

    Beberapa jam sebelum itu, Korea Selatan dan AS mengadakan latihan udara bersama, melibatkan pesawat pengebom strategik B-1B serta pesawat F-22 dan F-35B Tentera Udara AS. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...