Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Beijing ramal turunan salji lebat

    BEIJING, 13 FEB – Balai Cerap Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran kuning berhubung salji lebat pada jam 12:55 malam ini, dengan turunan purata salji melebih 4 milimeter di bandar itu.

    Atlet global yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk dan penduduk tempatan di Beijing bangun pagi dengan menyaksikan ais mula menyelubungi bandar itu awal hari ini.

    Amaran kuning telah dinaikkan daripada biru yang dikeluarkan awal pagi ini.

    Ia memaklumkan bahawa pada jam 5 pagi Isnin, turunan salji lebat dijangka mencecah 6mm hampir seluruh bandar dan lebih 10mm di beberapa kawasan di utara dan barat.

    Zhang Yingxin, ketua peramal kaji cuaca di balai cerap perbandaran, berkata hari ini turunan salji akan beransur-ansur reda selepas 3 pagi.

    Suhu diramalkan jatuh ke paras 6 darjah Celsius pada malamnya dengan paling tinggi –2 darjah Celsius di siang hari, menurut balai cerap.

    Amaran kuning bagi kabus dan jalan licin berais juga dikeluarkan ketika jarak penglihatan boleh kurang dari 1,000 meter, atau 500m di beberapa kawasan, disebabkan impak salji.

    Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati semasa berada di jalan raya.

    Kerja-kerja membersihkan salji telah dilancarkan di seluruh bandar, terutamanya bagi pergerakan trafik dalam kawasan lingkungan Sukan Olimpik Beijing. – Xinhua

    Orang ramai menikmati turunan salji di Muzium Istana yang juga dikenali sebagai Kota Terlarang (Forbidden City), di Beijing, China pada 13 Februari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...