BALASORE, INDIA, 5 JUN – Kereta api penumpang dan barang beroperasi semula pada hari ini di tapak bencana kereta api paling membawa maut di India dalam beberapa dekad, yang menurut pegawai berpunca daripada kegagalan yang dikaitkan dengan sistem-sistem isyarat.
Kereta api bergemuruh melepasi serpihan gerabak yang remuk akibat kemalangan pada malam Jumaat lalu berhampiran Balasore di negeri timur Odisha, di mana sekurang-kurangnya 275 orang terbunuh dan ratusan cedera.
Pegawai-pegawai pada mulanya melaporkan 288 kematian, tetapi kerajaan negeri Odisha telah menyemak semula jumlah kematian kepada 275 selepas beberapa mayat tersilap dikira dua kali. – AFP
