Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bengkel dalami ekosistem keusahawanan tempatan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Shell LiveWIRE Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Seramai 75 pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini telah menyertai bengkel bertajuk Become a Successful Owner Manager (BSOM) yang berlangsung di Dewan Teater Kuliah 2, Universiti Teknologi Brunei (UTB), baru-baru ini.

    Dianjurkan oleh Shell Live-WIRE Brunei dan disokong oleh UTB sebagai rakan strategik melalui Pejabat Perusahaan, ia bertujuan untuk menggalakkan para peserta memahami lebih mendalam ekosistem keusahawanan tempatan dan melengkapkan mereka dengan petua dan trik untuk menjadi seorang pengurus pemilik yang berjaya.

    Institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian termasuk UTB, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Bengkel empat hari itu diketuai bersama oleh Timbalan Pengarah Pejabat Perusahaan UTB, Dr Sharina binti Yunus dan Ketua Rangkaian dan Projek Perniagaan Shell LiveWIRE Brunei, Dayang Aziemah binti Daud dengan difasilitasikan oleh Penasihat Perniagaan Utama Shell LiveWIRE Brunei, Awang Afiq bin Mohammed.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan LiveWIRE Brunei, BSOM adalah salah satu inisiatif Shell LiveWIRE Brunei untuk menyokong usaha berterusan negara bagi mempelbagaikan ekonomi dan menggalakkan penyertaan aktif untuk meningkatkan secara pesat pembangunan perusahaan kecil dan sederhana dalam negara.

    Ia direka untuk menggalakkan peserta mengembangkan idea perniagaan mereka kepada realiti, serta untuk mendapatkan pemahaman tentang ekosistem keusahawanan Brunei dan operasi perniagaan seperti pemasaran, pengurusan, dan kawalan kewangan.

    Bengkel menyentuh enam bidang utama yang dibincangkan oleh 15 penceramah yang terdiri daripada pakar-pakar industri termasuk dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pejabat Harta Intelek Brunei (BruIPO), Darussalam Enterprise (DARe), Progresif Sdn Bhd, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Bank Baiduri, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Brunei Innovation Lab (BIL), 3G Media, Oddbox Media & Communications, AiCreativv, Ctrl Co serta kaunselor perniagaan Shell LiveWIRE.

    Antara peserta dari UTB semasa menyertai bengkel BSOM yang diadakan di UTB, baru-baru ini.
    Antara yang menyertai bengkel BSOM di UTB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...