Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Berkenan adakan lawatan tidak berjadual ke PDI

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan tidak berjadual ke Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Keberangkatan Baginda Sultan dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohamed Riza bin Dato Paduka Haji Mohamed Yunos; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin

    Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.
    Baginda memulakan lawatan dengan keberangkatan ke Dewan Persidangan PDI dan seterusnya berkenan mengurniakan titah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mengadakan sesi dialog bersama para daie (pendakwah) di Negara Brunei Darussalam.

    Selesai sesi dialog, Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya berangkat melihat secara lebih dekat Kursus Skim Bimbingan Asas Mualaf yang sedang dijalankan di Bilik Serbaguna, PDI.

    Sebelum mengakhiri lawatan, Baginda Sultan juga berkenan berinteraksi dengan para daie dan warga PDI.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan berangkat membuat lawatan tidak berjadual di PDI.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung bergambar bersama warga PDI semasa lawatan tidak berjadual tersebut.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung bagi menandatangani lembaran kenangan keberangkatan.
    Antara warga dan kakitangan PDI yang hadir.

    Lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al- Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

    Dalam sembah alu-aluan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama telah mengongsikan bilangan daie di bawah KHEU yang diperakui daripada Majlis Ugama Islam Brunei dan pensyarah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Jabatan Pengajian Islam serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Bahagian-bahagian PDI antaranya Bahagian Pengembangan Dakwah, Bahagian Pembangunan Mualaf, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perancangan, Kajian, dan Penerbitan, Bahagian Penapisan dan Pameran, Bahagian Penyebaran Dakwah, dan banyak lagi.

    PDI turut mengongsikan statistik bagi keramaian yang memeluk agama Islam seluruh negara dari tahun 1971 hingga 2020 ialah seramai 20,030 orang.

    Bagi orang yang memeluk agama Islam seluruh negara dari tahun 1985 hingga 2020 mengikut puak yang terdiri dari puak Iban, Dusun, Murut, China, Filipina, Thailand, Eropah dan lain-lain seramai 16,599 orang.

    Manakala statistik pengislaman daerah-daerah bagi tahun 2021, seramai 356 orang setakat ini.

    Begitu juga dengan statistik skim bimbingan yang dikendalikan PDI telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke setahun dan sambutannya juga cukup menggalakkan.

    Keramaian mualaf yang mengikuti bimbingan bagi seluruh negara sejak tahun 1989 hingga 2019 keramaian keseluruhan 930 orang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...