Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Berkenan hadiri Majlis Santap Malam Gala

    BANGKOK, 17 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Gala Ketua-ketua Ekonomi APEC yang dihoskan oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Prayut Chan-O-Cha, selaku Pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM) 2022, di Royal Thai Navy Hall, Bangkok, Thailand.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh TYT Prayut Chan-O-Cha dan isteri.

    Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyertai Tuan Yang Terutama dan ketua-ketua ekonomi APEC yang lain bagi sesi bergambar ramai sebelum menghadiri Majlis Santap Malam Gala.

    Majlis dimulakan dengan ucapan daripada TYT Prayut Chan-O-Cha bagi mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua ekonomi APEC dan delegasi yang menghadiri AELM 2022.

    Majlis tersebut telah diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Gala Ketua-ketua Ekonomi APEC yang dihoskan oleh Perdana Menteri Thailand, TYT Prayut Chan-O-Cha dan isteri di Royal Thai Navy Hall, Bangkok, Thailand. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Infofoto
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Gala Ketua-ketua Ekonomi APEC, malam tadi. – Gambar oleh Infofoto

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...