Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi di Istana Nurul Iman.

    Menyertai Jeneral Chalermphon ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand (Designate) ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai; Ketua Staf Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Nothapol Boonngam; Pengarah Perisikan Ang-katan Bersenjata Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Natee Wongissares; dan Ketua Penterjemah, Leftenan Kolonel Santhichai Chompoochan. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut berkenan menerima mengadap isteri ketua turus pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Budsakorn Srisawasdi.

    Turut hadir ialah isteri pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.

    Brunei Darussalam dan Thailand menikmati hubungan erat yang sekian lama terjalin sejak tahun 1984, di mana kerjasama pertahanan telah diperkukuhkan dengan penglibatan dalam bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat-mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional serta kursus termasuk melalui Mesyuarat
    Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT) dan Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC).

    Jeneral Chalermphon Srisawasdi dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Ogos.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah daripada Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Jeneral Chalermphon Srisawasdi dan rombongan di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan menerima mengadap Budsakorn Srisawasdi dan rombongan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...