Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bersama meriahkan sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-17

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) ke-17, Tahun 2022 akan diadakan pada 9 Ogos ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula 9 pagi.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat bercemar duli ke majlis tersebut.

    Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin selaku setiausaha bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HBK ke-17 memaklumkan perkara itu semasa sidang media yang berlangsung Dewan Citra Budaya, KKBS, hari ini.

    Beliau menyatakan, tema HBK pada tahun ini dikekalkan seperti tiga tahun kebelakangan iaitu ‘Belia Siaga Masa Depan’ yang mana tema ini masih dilihat relevan dengan situasi sekarang.

    Tema berkenaan juga bertepatan dengan Deklarasi ASEAN 2022 sebagai Tahun Belia ASEAN dan selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 ke arah mendukung Wawasan Brunei 2035.

    Pengiran Mohd Amirrizal menyampaikan poster sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-17 kepada salah seorang wakil persatuan belia pada sidang media kelmarin.

    Haji Zakaria menjelaskan bahawa beberapa program telah disusun untuk dimuatkan dalam majlis sambutan itu nanti, antaranya ialah pengurniaan anugerah-anugerah HBK dalam empat kategori iaitu Belia Cemerlang, Belia Berkhidmat, Pemimpin Muda Belia dan Projek Cemerlang untuk Belia, Pameran Hari Belia dan Konvensyen Hari Belia.

    Selain itu, beberapa acara samping-an juga telah pun disusun sempena Majlis Sambutan HBK, antaranya majlis Doa Kesyukuran (solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Surah Yasin, bertahlil serta Doa Kesyukuran) yang diadakan pada hari ini di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, Khutbah Jumaat Khusus pada 5 Ogos dan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja pada 1 Ogos.

    Seterusnya, Festival Hari Belia akan diadakan sehingga Disember depan di keempat-empat daerah.

    Beberapa prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi bagi Sambutan HBK termasuk membuat ujian pantas antigen (ART) di rumah sebelum menghadiri majlis atau acara dan seterusnya memuat naik keputusan ujian ke aplikasi BruHealth dan tidak hadir jika ada simptom-simptom demam seperti batuk, selesema, sakit leher dan seumpamanya.

    Orang ramai juga dimestikan memakai pelitup muka di sepanjang majlis atau acara dijalankan, sentiasa menjaga kebersihan diri seperti mensanitasi tangan, mengamalkan etika batuk dan bersin, elakkan bersalam-salaman dan bagi majlis doa kesyukuran di masjid, hendaklah membawa sejadah sendiri.

    Sidang media tersebut diteruskan dengan penyampaian poster Sambutan HBK ke-17 kepada wakil setiap persatuan belia, yang juga telah diserahkan oleh Setiausaha Tetap (Kesukanan) di KKBS, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku ahli jawatankuasa kerja sambutan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...