Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Biasakan pelajar dengan pembelajaran berteknologi tinggi abad ke-21

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Dalam usaha membiasakan pelajar dengan pembelajaran berteknologi tinggi pada abad ke-21 ini, Program Secangkir Kopi Bersama Asatizah telah diadakan secara maya kelmarin.

    Program yang juga bertujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif dan merangsang minat pelajar dalam pembelajaran teradun itu dihadiri Pensyarah Program, Awang Mohammad Amiron bin Abdul Rahim selaku tetamu kehormat; Timbalan Pengetua Pentadbiran Mahad Islam Brunei, Haji Aziman bin Haji Zaman dan Timbalan Pengetua Akademik, Hajah Sarimah binti Haji Ahmad, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Kokurikulum.

    Sejumlah 62 orang pelajar Seramai program tersebut yang terdiri daripada pelajar Tahun 9 dan 10 Mahad Islam Brunei.

    Program diisikan dengan bacaan doa, tazkirah bertajuk ‘Secangkir Kopi Bersama Asatizah’ yang menyentuh nikmat dan fadilat menuntut ilmu, keunikan menjadi pelajar sekolah Arab dan perkongsian tip-tip pembelajaran abad ke-21 agar para pelajar merasa lebih seronok belajar secara online atau pembelajaran teradun serta meningkatkan lagi motivasi mereka mereka menjadi orang berpendidikan dan berjaya.

    Selain tazkirah, para pelajar juga menjalani aktiviti Big Why berupa aplikasi Jamboard serta sesi perkongsian bersama para pelajar dan asatizah.

    Acara diakhiri dengan pengumuman para pemenang bagi aktiviti Big Why.

    Antara yang mengikuti program secara maya berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...