Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Biden lindungi dua kawasan hutan AS

    WASHINGTON, 21 MAC – Presiden Joe Biden mengumumkan pada Selasa bahawa beliau menetapkan dua kawasan hutan rimba di Nevada dan Texas sebagai taman negara, serta mempertimbangkan kawasan laut baharu yang dilindungi di Pacific.

    Pengumuman Biden telah dikeluarkan oleh Rumah Putih sebelum ucapan beliau pada acara di Jabatan Dalam Negeri yang menyoroti polisi perlindungan alam sekitar pentadbiran beliau.

    Ini berlaku seminggu selepas beliau meluluskan projek penggalian minyak Willow yang besar di kawasan terpencil Alaska, mengecewakan penyokongnya tetapi meraih persetujuan dari kedua-dua Republikan dan Demokrat di negeri utara.

    Rumah Putih berkata Biden akan menubuhkan Taman Negara Avi Kwa Ame di Nevada dan Taman Negara Castner Range di Texas, melindungi lebih separuh juta ekar tanah awam daripada pembangunan.

    “Beliau juga akan mengarahkan setiausaha perdagangan untuk mempertimbangkan memulakan perlindungan laut negara baharu dalam tempoh 30 hari akan datang untuk melindungi semua perairan AS di sekitar Kepulauan Pacific,” kata pejabat akhbar Rumah Putih.

    Seorang jurucakap berkata Biden akan memuji ‘tindakan bersejarah’ beliau, termasuk melindungi lebih banyak tanah dan air dalam tahun pertamanya daripada mana-mana presiden sejak John F. Kennedy pada tahun 1960an.

    Ini termasuk menetapkan larangan kepada bidang minyak dan gas baharu di Lautan Artik dan memulihkan banyak perlindungan dirancang dihapuskan atau dikurangkan oleh bekas presiden Republikan, Donald Trump.

    Antara kawasan lain turut dilindungi adalah kawasan gurun Bears Ears dan Grand Staircase-Escalante di Utah. – AFP

    Seekor koyote berkeliaran di antara kaktus dan tumbuhan lain dalam tapak cadangan Taman Negara Avi Kwa Ame. – AP
    Teddybear Chollas kelihatan tumbuh di dalam tapak cadangan Taman Negara Avi Kwa Ame. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...