Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Biden pelawa Lula lawat AS

    WASHINGTON, 10 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada awal Februari, lapor Xinhua.

    Lawatan Lula da Silva atas jemputan Biden itu bertujuan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan “rundingan mendalam mengenai agenda bersama,” memetik kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin susulan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpim itu.

    Dalam perbualan itu, Biden “mengutuk keganasan dan serangan ke atas institusi demokrasi dan peralihan kuasa secara aman” yang disaksikan dunia di Brasilia, ketika sekumpulan penyokong bekas Presiden, Jair Bolsonaro menyerbu istana presiden, bangunan kongres dan Mahkamah Agung pada Ahad lalu.

    Sehingga Isnin, lebih 1,000 tangkapan dibuat berhubung keganasan itu, menurut kemas kini oleh Menteri Kehakiman Brazil, Flavio Dino.

    Penyokong Bolsonaro melakukan protes ekoran kekalahan bekas presiden itu kepada Lula da Silva dalam pilihan raya presiden pada Oktober lalu. Bolsonaro tidak menghadiri upacara pelantikan penggantinya pada 1 Januari dan kini berada di Florida, AS dan dilaporkan dimasukkan ke hospital.

    Pada taklimat akhbar harian pada Isnin, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price enggan mendedahkan jenis visa yang digunakan Bolsonaro untuk memasuki AS.

    Walaupun “institusi demokrasi Brazil mendapat sokongan penuh kami,” kata Price, AS “belum menerima sebarang permintaan untuk memperoleh maklumat atau tindakan” dari Brazil berhubung siasatan ke atas serangan pada Ahad. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 8 Januari 2023 menunjukkan para penunjuk perasaan duduk di hadapan sekumpulan polis di dalam Istana Planalto, Brasilia, Brazil. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...