Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    BILIF terima anugerah GIFA

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) telah menerima pengiktirafan di Global Islamic Finance Awards (GIFA) ke-12 dalam kategori GIFA Excellence Award (Islamic Finance Training & Education) 2022 buat kali ke-3, dengan majlis penganugerahannya yang berlangsung di Kempinski Palace Djibouti, Djibouti, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BILIF, hari ini, GIFA merupakan pengiktirafan di arena antarabangsa sebagai salah satu anugerah paling berprestij dalam industri kewangan dan perbankan Islam.

    Anugerah yang dianjurkan secara tahunan oleh Edbiz International Advisors, United Kingdom adalah untuk memberi penghargaan kepada agensi kerajaan, institusi dan individu yang telah meraih kecemerlangan dalam menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan industri kewangan dan perbankan Islam. Ini termasuk kemajuan dalam kepimpinan, perlaksanaan inisiatif bertaraf dunia, serta perkembangan produk dan perkhidmatan dengan skala yang melebar luas.

    Dalam pada itu, bersempena dengan penerimaan anugerah berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat menyampaikan penghargaan kepada Jawatankuasa GIFA, pihak-pihak berkepentingan dan pelanggan-pelanggan BILIF atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap BILIF.

    Beliau turut menyampaikan bahawa anugerah berkenaan adalah bukti kerja keras dan usaha yang telah dicurahkan oleh BILIF ke arah pembangunan modal insan dan ia juga membawa BILIF lebih dekat untuk merealisasikan visinya.

    Ditubuhkan pada tahun 2010, BILIF adalah pusat kecemerlangan bagi industri kewangan di bawah Brunei Darussalam Central Bank (BDCB). BlILIF menawarkan program pembelajaran dan latihan berkualiti tinggi serta menganjurkan seminar khas dan acara-acara kolaborasi khususnya dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan.

    BILIF dengan giatnya menjalankan misinya untuk membentuk pemimpin, pakar dan pemacu inovasi masa depan dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan melalui program dan acara bertaraf antarabangsa.

    BILIF menerima pengiktirafan di GIFA ke-12 dalam kategori GIFA Excellence Award (Islamic Finance Training & Education) 2022 buat kali ke-3. – Gambar serahan BILIF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...