Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Dua kementerian bertahlil di kubah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim sempena sambutan Hari Guru ke-32 Tahun Negara Brunei Darussalam di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Majlis dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; dan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Ia turut dihadiri oleh ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), timbalan-timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pendidikan dan KHEU serta 300 orang pegawai kanan, pegawai serta guru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan KHEU.

    Bacaan Surah Yasin telah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Awang Zulkifli bin Haji Murat diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama pegawai-pegawai dari KHEU dan Kementerian Pendidikan pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...