Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    BK Brunei hulur sumbangan kepada tiga badan amal

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Burger King (BK) Brunei di bawah Pengurusan Sinofood Express telah mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) dan SMARTER Brunei, hari ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Operasi BK, Pengiran Maria binti Pengiran Haji Kiply pada majlis yang berlangsung di cawangan BK Citis Square.

    Pada majlis itu, ketiga-tiga organisasi berkenaan masing-masing menerima sumbangan sebanyak $1,000 dan mendahului menerima sumbangan tersebut ialah YASKA yang diwakili oleh Naib Pengerusi, Dayang Tsara’Nawwarah Abdullah Chen.

    Kemudian sumbangan disampaikan kepada Pusat Ehsan yang diwakili oleh Ketua Pentadbiran Pusat Ehsan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin manakala sumbangan bagi SMARTER Brunei diterima oleh Presiden, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Sejurus majlis penyampai-an sumbangan tersebut, kanak-kanak dari ketiga-tiga organisasi yang turut dijemput untuk menyaksikan penerimaan sumbangan tersebut juga disajikan hidangan BK yang mana majlis seumpamanya merupakan yang ketujuh diadakan.

    Syarikat berkenaan terus memberikan perhatian dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat melalui pelbagai program yang diadakan.

    Pengiran Maria menyampaikan sumbangan daripada BK Brunei kepada Pengiran Zamri bagi mewakili SMARTER.
    Dayang Nurul Huda menerima sumbangan daripada BK Brunei bagi pihak Pusat Ehsan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...