Thursday, June 1, 2023
34.4 C
Brunei

    -

    BKSS berkongsi rezeki bersama anak yatim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Bersempena bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Koperasi Berkat Kerjakaras Semua Sanang (BKSS) telah mengadakan majlis tahlil dan penyampaian derma bagi anak-anak yatim warga koperasi berkenaan.

    Hadir menyampaikan derma pada majlis yang berlangsung di Bilik Eksekutif, Bangunan Koperasi BKSS di Kantin, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu ialah Pengerusi Lembaga Koperasi KDPNSS, Haji Mohd Salleh bin Haji Mohiddin.

    Acara terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Doa Arwah dan tahlil sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian derma.

    Antara tujuan acara itu adalah bagi membantu meringankan beban para penerima derma dalam menyemarakkan lagi kedatangan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi.

    Haji Mohd Salleh ketika menyampaikan sumbangan BKSS.

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -