Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    BMW iX3 baharu dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – BMW Asia dan QAF Auto kelmarin melancarkan BMW iX3 baharu, sebuah kenderaan aktiviti sukan (SAV) elektrik yang kini semakin berkembang dalam generasi jenama BMW i dalam satu majlis yang berlangsung di Rimba Garden Central.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan pelancaran berkenaan ialah Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler, dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar selaku Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Bersama Kenderaan Elektrik (EVJTF).

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau dan Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo serta Pengurus Kawasan BMW Asia, Jessica Carret.

    Dalam ucapannya, Alisa Khoo berkata, “Kami merancang untuk memperkenalkan tiga model elektrik sepenuhnya di Brunei tahun ini. Dan hari ini, kami teruja untuk membawakan awda kereta yang pertama daripada tiga kenderaan tersebut iaitu BMW iX3 baharu.

    “Perintis teknologi ini menandakan satu permulaan produk kereta elektrik kami di Brunei dan kami yakin pelanggan kami akan teruja dengan teknologi baharu ini,” ujarnya.

    BMW iX3 bukan saja memberikan keseronokan pemanduan bahkan bebas emisi dengan kemampuan ciri-ciri sportif yang mencetuskan keselesaan dari segi fungsi pelbagai aspek dan keluasan SAV.

    Ia juga merangkumi pendekatan strategik Power of Choice yang mana Kumpulan BMW melengkapkan pelbagai keperluan pelanggan dan peraturan berkanun di seluruh dunia.

    Teknologi sistem pemacu bersepadu dari BMW iX3 baharu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengoptimumkan kecekapan dan pengembangan tenaga. Motor elektrik, transmisi dan elektronik berkuasa kini disusun bersama dalam satu tempat. Unit sistem pemacu baharu itu menghasilkan output maksimum 210 kW/286 hp dan tork puncak 400 Nm yang disokong pada putaran tinggi, tidak seperti motor elektrik lain.

    BMW iX3 boleh memecut dari sifar hingga 100kmsj dalam 6.8 saat, menjadikannya setara dengan kekuatan konvensional BMW X3 xDrive30i. Kelajuan tertinggi terhad secara elektronik hingga 180kmsj.

    Bateri voltan tinggi eDrive BMW generasi kelima dengan teknologi sel bateri terkini dan kandungan tenaga kasar 80kWh membolehkan jarak operasi sehingga 460km dalam kitaran ujian WLTP yang sah (sehingga 520 kilometer dalam kitaran ujian NEDC).

    PYT Gerda Winkler, Haji Mohammad Salihin, Albert Lau, Alisa Khoo serta Jessica Carret bergambar ketika pelancaran BMW iX3 baharu.
    BMW iX3, kenderaan elektrik terbaharu daripada BMW kini boleh didapati di Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...