Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Branson tolak debat dadah dan hukuman mati

    SINGAPURA, 31 OKT – Jutawan British, Sir Richard Branson menolak pelawaan Singapura untuk menyertai debat televisyen secara langsung dengan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam mengenai hukuman mati di republik itu.

    “Saya memutuskan untuk menolak pelawaan ini. Ini kerana: perdebatan televisyen – terhad dalam masa dan skop, sentiasa berisiko mengutamakan personaliti berbanding isu – tidak memberi sebarang makna terhadap hukuman mati,” katanya dalam catatan blognya pada Isnin.

    “Ia juga mengubah perdebatan serius menjadi tontonan,” tambah pengasas Virgin Group itu.

    Alasan lain ialah “perbincangan ini sepatutnya melibatkan orang tempatan.”

    Pada 22 Okt, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) mengundang Branson sebagai sebahagian daripada respons kepada catatan blog Branson pada 10 Okt bertajuk “Hari Sedunia Menentang Hukuman Mati: Ada Apa dengan Singapura?”. – Bernama

    Branson (kiri) dan Shanmugam. –Gambar fail Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...