Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Brentford kejutkan City

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 13 NOV – Manchester City terlepas peluang untuk mendahului Liga Perdana Inggeris selepas tewas 2-1 kepada Brentford.

    City tidak pernah kalah di Etihad sejak Februari, namun dikejutkan oleh aksi Ivan Toney yang dipinggirkan daripada menyertai skuad Piala Dunia England.

    Kapten Brentford menanduk masuk gol ke-10nya pada musim ini untuk memberikan The Bees kelebihan sebagai pendahulu, namun City bertindak balas melalui rembatan kencang Phil Foden sebelum wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan.

    Pep Guardiola awal-awal lagi telah mengingatkan fokus anak-anak buahnya sudah beralih ke Piala Dunia selepas 10 daripada kesebelasan utama kelab itu terpilih untuk bermain di Qatar.

    Penurunan prestasi City telah terbukti pada minit kelapan pada masa tambahan apabila Brentford menyerang balas melalui hantaran silang Josh Dasilva yang disempurnakan oleh Toney.

    “Pasukan yang lebih baik menang,” ujar Guardiola.

    Thomas Frank menganggap kemenangan itu merupakan rekod terbaik Brentford selepas mereka naik ke tangga ke-10 dalam liga.

    “Ini adalah kemenangan kami yang paling besar pernah kami kecapi,” kata Frank. Kekalahan City bererti Arsenal mendahului dengan lima mata sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada Piala Dunia. – AFP

    Reaksi Ivan Toney meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya semasa perlawanan antara Manchester City dan Brentford di stadium Etihad, Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...