Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Brighton tamatkan siri kemenangan Man City

    BRIGHTON, UNITED KINGDOM, 25 MEI – Pep Guardiola memuji pasukannya kerana bermain dengan baik selepas Manchester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan keputusan seri 1-1 di Brighton semalam untuk melebarkan rekod tanpa kalah kepada 25 perlawanan.

    Bagi pasukan Brighton, memperolehi satu mata juga sudah cukup untuk pasukan Seagulls itu menjamin kedudukan mereka di tempat keenam dalam jadual dan mengesahkan tempat ke Liga Europa musim depan.

    Phil Foden memacu pasukan juara Inggeris itu ke hadapan, tetapi Brighton layak menerima mata yang diberikan kepada mereka menerusi rembatan jarak jauh Julio Enciso yang menakjubkan.

    “Kami merendah diri dan banyak berlari. Itulah sebabnya kami menjadi juara selama bertahun-tahun, pemain ini menunjukkan sesuatu yang istimewa.”

    Guardiola memberi pujian kepada bos Brighton, Roberto De Zerbi sebelum perlawanan, memuji warga Itali itu sebagai salah seorang pengurus paling berpengaruh sejak 20 tahun lalu.

    Jurulatih City itu menunjukkan rasa hormatnya dengan memulihkan beberapa nama bintang kepada pasukannya yang terlepas kemenangan 1-0 Ahad ke atas Chelsea untuk menjulang kejuaraan liga keempat dalam tempoh lima tahun.

    Pemain Norway, Erling Haaland terlepas hatrik selepas cubaan gol hantaran lintang Foden lima minit kemudiannya, tersasar.

    Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian Brighton berjaya menembusi pertahanan pasukan Guardiola pada minit ke-38 masa perlawanan. – AFP

    Pemain Brighton, Jan Paul van Hecke (kanan) berebut bola dengan Erling Haaland semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium AMEX di Brighton, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...