Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Brunei lapor 16 kes baharu COVID-19

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan sebanyak 16 kes baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 16,148 orang.

    Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, daripada jumlah tersebut, 15 adalah kes tempatan manakala satu adalah kes import.

    “Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 850 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.9 peratus,” jelas Yang Berhormat Dato semasa sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau turut mengongsikan, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi) dan kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan di unit rawatan intensif).

    Sebanyak 18 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,682 kes dengan 364 kes aktif.

    Sementara itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 9.2 peratus.

    Manakala menyentuh mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menjelaskan bahawa kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.8 peratus, 93.9 peratus telah menerima dua dos vaksin dan 37.2 peratus telah menerima tiga dos.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap di sidang media jangkitan COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...