Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Brunei LNG anjur rumah terbuka

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 14 MEI – Dalam sama-sama menyemarakkan bulan Syawal ini, Brunei LNG Sdn Bhd tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka yang diadakan di sekitar premis Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), kelmarin.

    Sambutan bermula pada sebelah pagi bersama pihak berkepentingan, antaranya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof, yang dialu-alukan oleh Pengarah Urusan Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib dan pasukan kepimpinan Brunei LNG.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari Daerah Belait dan Tutong, pihak berkepentingan, serta wakil-wakil utama agensi dan jabatan kerajaan.

    Sebagai Raya bersama Komuniti pertama yang dianjurkan oleh Brunei LNG sejak pandemik, sambutan itu diserikan dengan pelbagai hiasan tradisional selaras dengan tema ‘Raya Retro’ yang bertujuan untuk mengimbau kembali peristiwa-peristiwa istimewa yang telah berlalu.

    Sementara itu, masyarakat dari kawasan Lumut Liang dan sekitarnya turut hadir pada sebelah petang, dan sepanjang hari berkenaan pelbagai persembahan, permainan dan aktiviti seperti aktiviti mewarna, simban dan congkak telah dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana.

    Sambutan Hari Raya Brunei LNG merupakan inisiatif pelaburan sosial tahunan yang bertujuan untuk memupuk hubungan harmoni dengan pihak berkepentingan Brunei LNG dan masyarakat tempatan di Mukim Liang Lumut dan Daerah Tutong.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi melawat salah satu petak semasa sambutan berkenaan.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bersama Hajah Farida dan perwakilan dari pelbagai pihak berkepentingan.
    Antara yang hadir semasa majlis sambutan berkenaan.
    Antara persembahan yang diadakan semasa sambutan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...