Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Teruskan beristighfar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Amalan di bulan Ramadan seperti beristighfar dan memohon ampun daripada Allah SWT, hendaklah diteruskan sehingga bila-bila, kerana kita berada di dunia ini untuk sementara, maka dari itu, manfaatkanlah peluang yang diberikan kepada kita untuk bertaubat dan memohon ampun kepadaNya.

    Perkara tersebut antara yang telah ditekankan dalam tazkirah bertajuk ‘Taubatnya Abu Nuwas’ yang disampaikan oleh Pengasas Kumpulan Al-Busyra, Program Keagamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Mohammad Ali Wafiuddin bin Haji Osman, bagi menyemarakkan Malam Munajat ke-85 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kelmarin.

    Program kali ini dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Tetamu khas kali ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dan Penghulu Mukim Lumapas, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Al-Fatihah, dari Masjid Kampung Putat.

    Turut sama mengimarahkan acara malam tadi ialah Ahli MMN, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir dari Masjid Kampung Labu Estate, Temburong.

    Juga menyertai ialah belia-belia Kumpulan Al-Busyra dan Belia Daie, Program Keagamaan Belia, PDI; ahli-ahli jawatankuasa takmir dari Masjid Kampung Putat, Masjid Kampung Labu Estet, dan Masjid Kampung Keriam, serta para jemaah dari 87 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, selain warga KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

    Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan kerohanian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah SWT.

    Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Brunei Darussalam sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

    Orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua pada setiap Sabtu dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau https://www.facebook.com/pdi.kheu/.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama isteri semasa menghadiri Malam Munajat bersama jemaah lain secara maya. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...