Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Brunei rekod peningkatan kes import COVID-19

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Negara Brunei Darussalam menyaksikan peningkatan dalam kes import COVID-19 apabila mencatatkan 35 kes baharu jangkitan, 25 daripadanya adalah kes import dan 12 lagi kes tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 kepada 15,634 orang.

    Jumlah itu hasil daripada 2,950 ujian makmal dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu, mencatatkan kadar kes positif 1.25 peratus.

    Menurut kenyataan media dari Kementerian Kesihatan yang diterima di sini, daripada kalangan pesakit-pesakit dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes dalam Kategori 5 manakala satu kes dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.

    Sebanyak enam orang telah disahkan sembuh, membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 15,356 orang manakala kes aktif sebanyak 176.

    Kadar penggunaan katil atau bed occupancy rate di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara pula ialah 4.3 peratus.

    Bagi kempen vaksinasi pula, setakat 8 Januari, kadar keseluruhan penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus. Bagi yang menerima dua dos vaksin pula mencapai 93.6 peratus manakala dos penggalak ialah 28 peratus.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...