Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Buat ART sebelum meriahkan perayaan Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Orang ramai disarankan untuk membuat ujian pantas antigen (ART) dan memuat naik keputusan ke dalam BruHealth dalam sama-sama memeriahkan lagi perayaan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan keadaan yang terkawal.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar turut mengingatkan, mereka yang mempunyai gejala tetapi saringan ART menunjukkan keputusan negatif supaya tidak keluar rumah atau menghadiri mana-mana acara
    keramaian.

    “Demam tidak semestinya dijangkiti COVID, mungkin ia juga boleh flu dan ditambah lagi pada masa ini, influenza meningkat,” ujarnya pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau seterusnya mengingatkan, pemakain pelitup muka masih lagi digalakkan walaupun berada di luar, di tempat yang ramai manakala itu, semasa berada di dalam dewan pula dimestikan.

    Mengenai mereka yang menjadi kontak terdekat terutama pasangan suami isteri, Yang Berhormat Dato menasihatkan mereka untuk tidak keluar rumah kerana ia boleh menjadi positif selepas dua atau tiga hari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...