Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Buat pemeriksaan doktor jika gejala berterusan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Seseorang yang baru pulih seminggu atau dua minggu daripada COVID namun dijangkiti semula berkemungkinan ia disebabkan oleh long COVID.

    Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui semasa Sidang Media COVID-19 yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Beliau seterusnya menjelaskan perkara sedemikian jarang berlaku dan mengikut kajian yang telah dibuat menunjukkan kebanyakan kes yang dijangkiti pada masa ini adalah kes baharu dan sekiranya masih ada gejala selepas seminggu atau dua minggu pulih dari jangkitan, mereka dinasihati untuk berjumpa doktor.

    “Hal ini adalah untuk memastikan sama ada ia long COVID atau jangkitan baharu atau jangkitan lain dan sekiranya ia jangkitan baharu, pihak kementerian dapat membuat PCR dan menganalisis PCR sama ada ia varian baharu atau tidak,” jelasnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...