Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Budak jatuh perigi meninggal dunia selepas diselamatkan

    KANDAHAR, 18 FEB – Seorang budak berusia lima tahun yang terperangkap di sebuah perigi, di kawasan pendalaman Afghanistan selama tiga hari telah meninggal dunia selepas dikeluarkan, menurut pegawai hari ini.

    Budak itu, Haidar, terjatuh ke dalam perigi Selasa lalu di Shokak, sebuah perkampungan tandus di wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer barat daya Kabul.

    “Dengan rasa dukacita, Haidar telah meninggalkan kita semua selamanya,” kata penasihat kanan Kementerian Dalam Negeri Kabul, Anas Haqqani, melalui Twitter.

    Jurucakap polis Zabul, Zabiullah Jawhar memberitahu AFP bahawa Haidar bertarung nyawa apabila penyelamat mengeluarkannya.

    “Pada minit pertama selepas operasi menyelamat selesai dia masih bernafas dan pasukan kesihatan memberikan oksigen,” katanya.

    “Apabila pasukan kesihatan cuba membawanya ke dalam helikopter, dia meninggal dunia.”

    Datuk kepada Haidar, Haji Abdul Hadi, 50, memberitahu AFP bahawa dia terjatuh ke dalam perigi selepas dia ingin ‘membantu’ orang dewasa mengali sebuah perigi baharu di sana.

    Pegawai berkata dia terjatuh ke dasar syaf sempit 25 meter, dan dikeluarkan dengan menggunakan tali hingga kira-kira 10 meter sebelum tersekat. – AFP

    Para penyelamat semasa cuba mengeluarkan budak berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi di Afghanistan.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...