Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cabaran perniagaan dalam masa ketidakpastian

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah meneruskan lagi 10 bahagian Siri SME360 dengan forum maya yang memfokuskan kepada industri runcit dan e-dagang.

    Forum yang berlangsung selama dua hari itu bermula dengan perbincangan mengenai trend runcit dalam norma baharu di Brunei dengan ahli panel Rano Iskandar dari Ranoadidas, Andy Ngu dari R&T Electronics dan Ismail Mourad dari Kensington BN berkongsi pengalaman dan pemerhatian mereka dari sektor industri runcit dan e-dagang.

    Perbincangan itu menyentuh peluang dan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan dalam mendigitalkan operasi mereka dan menawarkan produk dan perkhidmatan mereka dalam talian.

    Topik lain yang diliputi semasa sesi yang berlangsung selama tiga jam itu adalah kesan media sosial dalam me-ngubah operasi runcit, disampaikan oleh Jason Pickett dari Kingdom Rides, Haadi Bakar dari Geekturf serta Hamzah Kamis dari Netcom Computer House.

    Sesi terakhir hari pertama menyentuh tentang kenapa dan bagaimana pemilik perniagaan boleh mencipta perniagaan yang berkesan dan mampan, dengan menampilkan Hitesh Bhawnani dari YMRM Enterprise, Daniel Ooi dari The Reject Shop Singapura serta Pengerusi Perikatan Perniagaan ASEAN dan Presiden Persatuan PBB Australia Barat, Dr Sandy Chong.

    Hari kedua forum maya tersebut akan menekankan bagaimana perniagaan kecil dapat berputar dan menangani perubahan semasa pandemik dengan ahli panel, Dona Johan dari Dona J Lifestyle; Ketua Pegawai Eksekutif SHIMCO Brunei, Priyanka Chugani, dan Pengarah Urusan Laneige Brunei, Pat Li membincangkan tentang bagaimana perniagaan terpaksa menyesuaikan diri dalam norma baharu.

    Forum itu juga membincangkan trend dalam inovasi dan pendigitalan, dan cara perniagaan boleh menyesuaikan diri dengan zaman teknologi digital, yang disampaikan oleh pengasas bersama ThinkAxis, Rahman Yoonus, Ketua Pegawai Teknologi e-Marketplace Startup, Rueben Ravago, dan Ketua Pegawai Operasi Group Archipelago, Sean Yapp.

    Topik mengenai kepimpinan dalam masa perubahan, nilai kepimpinan dan cara untuk kekal di hadapan bagi memastikan perniagaan tangkas dan menguntungkan dalam masa ketidakpastian adalah sorotan dalam sesi terakhir yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Ashley Furniture, Geraldine How, dan Pengarah Urusan Cuckoo, Wong Kim Guan.

    Ahli-ahli panel yang berkongsi pandangan mereka semasa forum maya yang diadakan sebagai sebahagian daripada Siri SME360 BIBD. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...