Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Cabul: Rayuan pemain golf ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Mahkamah Tinggi kelmarin, menolak rayuan seorang pemain golf Korea terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya kerana mencabul pekerja kelab.

    “Pekerja wanita berhak berasa selamat di tempat kerja mereka…perintah percubaan adalah tidak sesuai,” tekan Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong.

    Penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan juga diberikan.

    Peguam yang mewakili Kang, Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Majistret itu adalah keterlaluan dan faktor pengurangan serta kelewatan dalam pendakwaan mewajarkan perintah percubaan.

    Dato Seri Paduka Chong semasa menyemak semula kes itu berkata bahawa hukuman penjara tujuh bulan itu sesuai bagi Kang, bagaimanapun, mengulas bahawa titik permulaan mahkamah rendah dalam menjatuhkan hukuman adalah ‘tinggi’ dengan bersetuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh peguam Pengiran Shahyzul.

    Ketua Hakim Negara juga bersetuju dengan perayu mengenai kelewatan membawa kes ke mahkamah, tetapi berpendapat ia tidak mempunyai penjelasan yang memuaskan untuk memohon pengurangan hukuman, berbanding kelewatan dalam prosiding.

    Mengenai masalah kesihatan yang semakin merosot yang dipetik oleh pihak perayu, Ketua Hakim Negara mendapati “tiada bukti perubatan bahawa perayu mengalami penyakit membawa maut atau hukuman penjara akan membahayakan nyawanya.”

    Ketua Hakim Negara kemudian meneliti penjara tambahan sebulan itu sebagai ganti perintah sebat.

    “Majistret jelas salah dalam menjatuhkan hukuman tambahan penjara sebulan sebagai ganti sebatan. Perkara ini diakui oleh pihak pendakwaan,” kata Ketua Hakim Negara ketika membatalkan perintah itu sebagai ganti hukuman sebat, memetik Kang berusia lebih 50 tahun.

    Timbalan Pendakwa Raya Affyian Abdul Rahman dan Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mewakili pendakwa raya sebagai responden dalam rayuan tersebut.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...