Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Cacar monyet makin menular di Eropah

    LONDON, 20 MEI – Ketika semakin banyak kes cacar monyet dikesan di Eropah dan Amerika Utara, beberapa saintis yang telah memantau pelbagai wabak di Afrika berkata mereka bingung dengan penularan luar biasa penyakit itu di negara maju.

    Kes penyakit berkaitan dengan cacar air itu belum dilihat sebelum ini di kalangan orang tanpa hubungan dengan kawasan Afrika tengah dan barat. Namun sejak beberapa minggu ini, Britain, Sepanyol, Portugal, Itali, Amerika Syarikat, Sweden dan Kanada telah melaporkan jangkitan, kebanyakannya dalam lelaki muda yang belum pernah mengunjungi Afika.

    Perancis, Jerman, Belgium dan Australia mengesahkan kes pertama cacar monyet pada hari ini.

    ”Saya berasa tergamam dengan situasi ini. Setiap hari terdapat semakin banyak negara yang dijangkiti,” kata Oyewale Tomori, pakar virologi yang mengetuai Akademi Sains Nigeria sebelum ini dan yang menganggotai lembaga penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    ”Ini bukan penularan yang pernah kami lihat di Afrika Barat, maka sesuatu baharu mungkin sedang berlaku di Barat,” kata beliau.

    Cacar monyet biasanya mengakibatkan demam, ruam dan kudis di muka atau alat kelamin. WHO meramalkan penyakit itu membawa maut kepada satu dalam 10 orang, namun vaksin cacar air mampu memberikan perlindungan dan beberapa ubat antiviral juga sedang dibangunkan.

    Salah satu teori yang sedang ditinjau oleh pegawai kesihatan Britain adalah sama ada penyakit itu disebar melalui hubungan seks. Pegawai kesihatan telah meminta doktor dan jururawat supaya berwaspada terhadap kes yang mungkin berlaku di hospital, namun berkata risiko kepada penduduk awam adalah rendah. – AP

    Pengarah penyakit berjangkit Francesco Vaia bercakap kepada wartawan pada akhir sidang media di Rom kelmarin. Vaia berkata tiga kes cacar monyet telah disahkan di hospital Spallancani dalam dua pesakit yang berkunjung ke Canary Island dan seorang ke Vienna. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...